18 November 2014

PARACETAMOL MUDARATKAN TUBUH?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers.

Mesti dah biasa dengan tajuk macam ni kan tapi masih lagi ramai yang makan. Betul tak?
Segelintir orang zaman sekarang ni buat tak peduli je bila dah diberitahu masuk telinga kanan keluar telinga kiri bila dah sakit baru nak cari ubat, sebelum tu tak ada pulak nak mencegahnya. Kesihatan pun dah macam cliche je. Astaghfirullahalazim.

Adakah anda antara individu yang sering mengambil paracetamol apabila berasa kurang sihat? Jika ya, anda harus BERWASPADA. Terdapat kajian mendapati paracetamol yang kerap dipanggil ubat ' demam ' mempunyai kesan sampingan yang buruk terhadap tubuh yang tidak ramai mengetahunya.


Apa itu paracetamol?



Ubat ini dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaanya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi, dan sakit belakang. Selain itu, boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebakan oleh pecahan lapisan sendi).

Ternyata ramai individu memilih untuk mengambil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat banyak jenis jenama paracetamol yang cukup popular dinegara ini.


Kesan buruk paracetamol?

Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma,gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif  dan mungkin mengakibatkan masalah jantung serta buah pinggang.

Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadapdoktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.

Diikuti beberapa kajian, Penyelidik di University Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih1,650
responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu. Satu pertiga responden diberi dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa 17 hari untuk pulih.
Dr Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

Laporan daripada  The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yg lain adalah cenderung utk menerima kesan toksik daripada pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.


Elakkan ambil terlalu kerap

Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan apabila berasa kurang sihat walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripda yan disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.

Sekiranya anda berasa sakit dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, jangan memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpalah dengan doktor serta dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam perihal kesihatan.


Dipetik daripada Majalah Keluarga Harmoni keluaran September.


Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati