11 November 2014

KENAPA PERLU KAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Persoalan kita hari ini, kenapa kita perlu kaya?

Adakah ianya penting? Adakah duit kita cukup untuk perbelanjaan harian, penrbelanjaan untuk anak-anak, rumah, kereta, ibu bapa, adik-adik kita, dan SEDEKAH?

Tahukah anda SEDEKAH adalah salah satu cara menjemput rezeki? Kalau sedekah pun tidak mampu beri lebih adakah kita masih berfikir tidak perlu menjadi kaya? ANDA SILAP !

Mesti korang tengah fikirkan penting ke jadi kaya? Jom kita tengok situasi ni.

Sebenarnya duit yang korang ada sekarang mesti tidak pernah cukup walaupun kita kata cukup sebab kita yang terpaksa mencukupkannya dengan menangguh perbelanjaan lain seperti keinginan membeli baju baru, handphone baru, peralatan rumah baru, bercuti, dan sebagainya. Ya semua ini tidaklah begitu penting tapi sifat manusia sekarang memang begitu ingin kelebihan contohnya ada orang yang tak berduit tapi sanggup beli handphone baru.

Zaman sekarang ni pulak RUMAH yang sangat mahal tentu kita tidak mampu nak beli dengan gaji RM 900-RM 3,000, silap-silap yang gaji RM 5,000 ke atas pun ada kemungkinan tidak mampu nak beli rumah.
Dalam hati nak juga bagi kat keluarga duit lebih, bantu anak yatim dan orang susah tapi tak mampu nak bagi lebih. Tak kan kita nak duduk diam je tanpa buat apa-apa? Tengok je orang lain kaya dapat beli itu ini, dapat bantu bina masjid dengan sedekah kita dan macam-macam lagi. Kalau tengok je kita tak dapat apa-apa la cuma dapat bermimpi jer tapi bagus bermimpi kalau dengan TINDAKAN.

Hah, baca ni !

Apa yang saya boleh bantu untuk meningkatkan taraf kehidupan kita?
Berdasarkan situasi di atas, penting untuk kita faham dan mencari alternatif untuk sentiasa mencipta saluran wang tambahan. Tujuannya supaya kita tidak menghadapi masalah miskin wang akan datang memandangkan nilai mata wang semakin menurun.

Terdapat 2 alternatif terbaik yang dipersetujui golongan pakar kewangan iaitu:
1. Perniagaan
2. Pelaburan

Pelaburan? Of cos kita tiada duit yang banyak untuk beli sesuatu yang nilainya besar seperti tanah TAPI kita boleh mulakan dengan perniagaan. Betul tak?
Bila kita berniaga, duit pun dah banyak baru boleh buat pelaburan untuk dapatkan pasif income. Saya harap ramai orang di luar sana yang sudah bukak mata pentingnya berniaga sekarang, setakat kerja makan gaji dengan masa yang terikat kita tidak mampu menjadi kaya melainkan korang memang jenis menabung.

Anda ingin menjadi kaya? Anda mampu menjadi kaya ! Kaya bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk orang lain juga. Jom kita lakukan perubahan !


Ingin menjadi sebahagian dalam perniagaan saya?

Jom hubungi saya

Mila
019-249 8360

Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati