26 November 2014

SAYA PILIH SURI RUMAH

KERJAYA SEBAGAI SURI RUMAH

Kalau perasan kebanyakkan wanita yg dah berkahwin seboleh-bolehnya nak memilih kerjaya sebagai suri rumah. Malah dah jadi fenomena Working at Home Mom/Wife. Kenapa ye? Of course la nak disamping anak-anak dan suami tapi disebabkan zaman sekarang terlampau moden sampaikan ramai yg jatuh miskin jatuh terduduk walaupun gaji RM3,000, ohhh dui !!t tahun demi tahun nilainya semakin susut.. So kalau suami je yg kerja, hari-hari makan nasi lauk telur dan ikan bilis je la taapiiiii tu pun lauknya dikira mewah jugak tau sebab telur dan ikan bilis sekarang ni mahal jugak.. Kalau nak dibandingkan zaman masa saya kecik-kecik dulu tak ada la mahal mcm sekarang ni kira mampu beli la, itulah lauk kami anak beranak setiap hari,  Alhamdulillah masih hidup sekarang.. Mama dan abah !! akan ku balas jasa mu !!!

Hari ni, saya bukan nak cerita pasal suami, duit atau negara.. Saya nak cerita kenapa saya pilih suri rumah. Nak tau ke tidak ? hihi

Zaman belajar dulu cita-cita nak jadi cikgu atau pensyarah.. Bila dah masuk alam pekerjaan cita-cita dah bertukar nak jadi auditor atau akauntan. Haaa.. bila masuk alam perkahwinan terus lupa dah cita-cita tu sebab masa mengandungkan anak sulungku Nur Safiyyah rasa diri ni bersalah sangat, penat ku kandungkan dia 9 bulan, lepas dia lahir nak mintak orang jagakan dia pulak hanya disebabkan kerja makan gaji dari jam 9pagi-6petang. Bagi pendapat saya, sepatutnya itulah masa kita bersama-sama anak, beri dia kasih sayang yg secukupnya macam cara Sunnah Rasullullah.. Bukan la sebab kerja makan gaji kita tak boleh bagi kasih sayang kat anak tapi beza sangat.. Faham tak bezanya tu?? Tengok gambar rajah ni..



Selain tu, kita sebagai ibu bapa sepatutnya menggalas tanggungjawab menjaga anak, itukan amanah dari Allah. Kalau boleh bukan orang lain yg jaga anak kita... Tak salah orang lain yg jaga anak kita ikut keadaan masing-masing tapi, tapi, tapi, tapi sebenarnya kita berhak memilih keadaan kita.. Betul tak? Ya ke?? Mesti ada yg fikir biar betul minah ni baru hidup 23 tahun, kahwin pun baru 2 tahun, baru anak sorang dah mandai-mandai nak cakap mcm ni. Terpulang la nak kata apa tapi SEKARANG kan ZAMAN MODEN, ZAMAN TEKNOLOGI mustahil kita ni tak ada fon canggih, laptop canggih, kereta canggih, macam-macam2 cangih la sampaikan baju pun ada brand CANGGIH..haha.. Sekarang pun kuasa jual beli hanya pada jari je, mata suka, jari klik, barang pun sampai..haaa ni dikatakan canggih semuanya ONLINE.


Aikk.. kenapa tiba-tiba pulak dgn zaman SERBA CANGGIH ni ada kaitan ke dgn suri rumah? Of course ada kaitan sebab seorang suri rumah yang ada sijil ataupun tidak masih boleh bekerja CUMA bukan dipejabat la, tak ada bos, tak ada ofis besar, tak perlu kerja dari 8pg-5ptg, tak perlu hadap file bertimbun, tak perlu hadap jem, tak perlu keluar pagi buta balik mlm buta dan tak perlu mcm2 lagi lah.. Apa kerjanya? BERNIAGALAH.. Orang berniaga tak perlu sijil pun yg penting ada ilmu dan mentor supaya bisnes tu berjalan lancar. Untuk suri rumah berniagalah apa saja yg boleh menjana income walaupun dari rumah. Macam saya, saya menjana income dari bisnes Shaklee dan tolong suami uruskan bisnes emas dia secara ONLINE dgn HANYA MENGGUNAKAN HANDPHONE DAN LAPTOP saja. Kata zaman serba canggih orang nak beli barang pun ONLINE jer tak yah keluar rumah.


Berniaga juga Sunnah Rasulullah, pendapatan pun lebih dari kerja makan gaji. InsyaAllah.



Tak mudah nak berniaga dengan anak kat sebelah, kerja rumah tak pernah habis tapi kena la pandai bahagi masa. Bila masa disusun dgn baik, insyaAllah bisnes pun berjalan dgn baik.. Nampak tak kita boleh pilih nak kerja diluar rumah atau dari rumah saja? Pilihan ditangan kita NAK atau TAK NAK jerrr.. Lagi satu nak share keje suri rumah ni PALING BANYAK PAHALA boleh buat yg penting hati ikhlas laa.. Senang suami kan? hihi.. InsyaAllah mudah jugak nak ke Syurga, cantik-cantik untuk suami je kat rumah, bukan cantik-cantik nak pegi kerja..



Saya harap saya dapat ubah mind set para wanita di luar sana.. Tak salah sama ada kita nak bekerja atau jadi suri rumah. Kita berhak memilih keadaan yg kita nak.. InsyaAllah Allah permudahkannya..Apa-apa pun serah semuanya kepada Allah setelah kita usaha dgn jalan yg kita pilih.. Ini cuma pemdapat saya, tak semua orang sama.. Para suami hargailah isteri anda ye.. :)

Terima kasih semua.. semoga bermanfaat..




Terima Kasih

18 November 2014

KETAHUI CARA BERDIET YANG SALAH

5 KESALAHAN SAAT BERDIET


Dalam usaha berdiet, kita sering kali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh
merosakkan diet itu sendiri. Tidak cukup itu, kadang-kadang pula kita sempat berasakan tip
yang kita sering lakukan adalah betul. Untuk memperbetulkan keadaan, apa kata kita semak tip-tip yang
disenaraikan oleh Laman Web Fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari.


Kesalahan pertama memilih jus bukan semulajadi

Kenapa ye? Jus buah sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak
buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungan semulajadinya bukan jus yang kat pasaran tu ye. Jus kat pasaran tu biasanya dah ditambah pemanis dan juga pengawet. Jika sering diminum boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan proses penurunan berat badan.


Kesalahan kedua kiraan jumlah kalori

Menurut laman web Women 24, kesalahan utama di dalam diet yang paling besar adalah kesilapan
mengira jumlah kalori di dalam makanan. Biasanya mereka yg berdiet ni sibuk kira dalam makanan utama je sedangkan kalori dalam snek atau makanan lain lagi tinggi kalorinya. Be aware !


Kesalahan ketiga banyak duduk

Haaa..terlalu banyak duduk pun tak elok untuk kesihatan kita, kalau perasan orang yang kerja di pejabat selalu buat lepas breakast, lunch terus duduk mengadap komputer, memang naik la
beratnya..hihi Banyak duduk ni boleh menimbulkan risiko penyakit jantung, diabetes dan sebagainya.
Salah satu cara sebelum duduk tu kita berjalan-jalan sikit supaya dapat membantu membakar lemak di tubuh.


Kesalahan keempat fokus berdiet jangka masa pendek

Kunci utama sukses dalam diet adalah gaya hidup yg dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan nikah, atau sebagainya maka sukar bagi kita mempertahankan tubuh yg ideal. Biasanya apabila impian jangka pendek tadi tercapai seseorang itu pasti akan membalas dendam dgn menikmati makanan sepuas-puasnya. Bahayanya... elok-elok dah kurus naik balik pulak.. Jaga makan tu.


Kesalahan kelima kurang tidur

Waktu tidur yg berkualiti dan mencukupi bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayaan program diet anda.
Jika kita kekurangan tidur tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yg merangsang nafsu makan. Ohhh patut la tengah malam mesti lapar.. Betul tak? Hormonni menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan sering makan. Pastkan waktu tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi golongan dewasa.


Elakkan 5 kesalahan ini semasa berdiet.. Insya Allah diet yang betul akan dapat berat badan yg ideal.

Selain itu boleh dapatkan SET KURUS SHAKLEE dengan saya.
Percuma konsultansi




Boleh hubungi saya di



Sumber Majalah Keluarga Harmoni keluaran September 2014

Terima Kasih

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati