18 November 2014

KETAHUI CARA BERDIET YANG SALAH

5 KESALAHAN SAAT BERDIET


Dalam usaha berdiet, kita sering kali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh
merosakkan diet itu sendiri. Tidak cukup itu, kadang-kadang pula kita sempat berasakan tip
yang kita sering lakukan adalah betul. Untuk memperbetulkan keadaan, apa kata kita semak tip-tip yang
disenaraikan oleh Laman Web Fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari.


Kesalahan pertama memilih jus bukan semulajadi

Kenapa ye? Jus buah sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak
buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungan semulajadinya bukan jus yang kat pasaran tu ye. Jus kat pasaran tu biasanya dah ditambah pemanis dan juga pengawet. Jika sering diminum boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan proses penurunan berat badan.


Kesalahan kedua kiraan jumlah kalori

Menurut laman web Women 24, kesalahan utama di dalam diet yang paling besar adalah kesilapan
mengira jumlah kalori di dalam makanan. Biasanya mereka yg berdiet ni sibuk kira dalam makanan utama je sedangkan kalori dalam snek atau makanan lain lagi tinggi kalorinya. Be aware !


Kesalahan ketiga banyak duduk

Haaa..terlalu banyak duduk pun tak elok untuk kesihatan kita, kalau perasan orang yang kerja di pejabat selalu buat lepas breakast, lunch terus duduk mengadap komputer, memang naik la
beratnya..hihi Banyak duduk ni boleh menimbulkan risiko penyakit jantung, diabetes dan sebagainya.
Salah satu cara sebelum duduk tu kita berjalan-jalan sikit supaya dapat membantu membakar lemak di tubuh.


Kesalahan keempat fokus berdiet jangka masa pendek

Kunci utama sukses dalam diet adalah gaya hidup yg dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan nikah, atau sebagainya maka sukar bagi kita mempertahankan tubuh yg ideal. Biasanya apabila impian jangka pendek tadi tercapai seseorang itu pasti akan membalas dendam dgn menikmati makanan sepuas-puasnya. Bahayanya... elok-elok dah kurus naik balik pulak.. Jaga makan tu.


Kesalahan kelima kurang tidur

Waktu tidur yg berkualiti dan mencukupi bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayaan program diet anda.
Jika kita kekurangan tidur tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yg merangsang nafsu makan. Ohhh patut la tengah malam mesti lapar.. Betul tak? Hormonni menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan sering makan. Pastkan waktu tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi golongan dewasa.


Elakkan 5 kesalahan ini semasa berdiet.. Insya Allah diet yang betul akan dapat berat badan yg ideal.

Selain itu boleh dapatkan SET KURUS SHAKLEE dengan saya.
Percuma konsultansi




Boleh hubungi saya di



Sumber Majalah Keluarga Harmoni keluaran September 2014

Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati