26 November 2014

SAYA PILIH SURI RUMAH

KERJAYA SEBAGAI SURI RUMAH

Kalau perasan kebanyakkan wanita yg dah berkahwin seboleh-bolehnya nak memilih kerjaya sebagai suri rumah. Malah dah jadi fenomena Working at Home Mom/Wife. Kenapa ye? Of course la nak disamping anak-anak dan suami tapi disebabkan zaman sekarang terlampau moden sampaikan ramai yg jatuh miskin jatuh terduduk walaupun gaji RM3,000, ohhh dui !!t tahun demi tahun nilainya semakin susut.. So kalau suami je yg kerja, hari-hari makan nasi lauk telur dan ikan bilis je la taapiiiii tu pun lauknya dikira mewah jugak tau sebab telur dan ikan bilis sekarang ni mahal jugak.. Kalau nak dibandingkan zaman masa saya kecik-kecik dulu tak ada la mahal mcm sekarang ni kira mampu beli la, itulah lauk kami anak beranak setiap hari,  Alhamdulillah masih hidup sekarang.. Mama dan abah !! akan ku balas jasa mu !!!

Hari ni, saya bukan nak cerita pasal suami, duit atau negara.. Saya nak cerita kenapa saya pilih suri rumah. Nak tau ke tidak ? hihi

Zaman belajar dulu cita-cita nak jadi cikgu atau pensyarah.. Bila dah masuk alam pekerjaan cita-cita dah bertukar nak jadi auditor atau akauntan. Haaa.. bila masuk alam perkahwinan terus lupa dah cita-cita tu sebab masa mengandungkan anak sulungku Nur Safiyyah rasa diri ni bersalah sangat, penat ku kandungkan dia 9 bulan, lepas dia lahir nak mintak orang jagakan dia pulak hanya disebabkan kerja makan gaji dari jam 9pagi-6petang. Bagi pendapat saya, sepatutnya itulah masa kita bersama-sama anak, beri dia kasih sayang yg secukupnya macam cara Sunnah Rasullullah.. Bukan la sebab kerja makan gaji kita tak boleh bagi kasih sayang kat anak tapi beza sangat.. Faham tak bezanya tu?? Tengok gambar rajah ni..



Selain tu, kita sebagai ibu bapa sepatutnya menggalas tanggungjawab menjaga anak, itukan amanah dari Allah. Kalau boleh bukan orang lain yg jaga anak kita... Tak salah orang lain yg jaga anak kita ikut keadaan masing-masing tapi, tapi, tapi, tapi sebenarnya kita berhak memilih keadaan kita.. Betul tak? Ya ke?? Mesti ada yg fikir biar betul minah ni baru hidup 23 tahun, kahwin pun baru 2 tahun, baru anak sorang dah mandai-mandai nak cakap mcm ni. Terpulang la nak kata apa tapi SEKARANG kan ZAMAN MODEN, ZAMAN TEKNOLOGI mustahil kita ni tak ada fon canggih, laptop canggih, kereta canggih, macam-macam2 cangih la sampaikan baju pun ada brand CANGGIH..haha.. Sekarang pun kuasa jual beli hanya pada jari je, mata suka, jari klik, barang pun sampai..haaa ni dikatakan canggih semuanya ONLINE.


Aikk.. kenapa tiba-tiba pulak dgn zaman SERBA CANGGIH ni ada kaitan ke dgn suri rumah? Of course ada kaitan sebab seorang suri rumah yang ada sijil ataupun tidak masih boleh bekerja CUMA bukan dipejabat la, tak ada bos, tak ada ofis besar, tak perlu kerja dari 8pg-5ptg, tak perlu hadap file bertimbun, tak perlu hadap jem, tak perlu keluar pagi buta balik mlm buta dan tak perlu mcm2 lagi lah.. Apa kerjanya? BERNIAGALAH.. Orang berniaga tak perlu sijil pun yg penting ada ilmu dan mentor supaya bisnes tu berjalan lancar. Untuk suri rumah berniagalah apa saja yg boleh menjana income walaupun dari rumah. Macam saya, saya menjana income dari bisnes Shaklee dan tolong suami uruskan bisnes emas dia secara ONLINE dgn HANYA MENGGUNAKAN HANDPHONE DAN LAPTOP saja. Kata zaman serba canggih orang nak beli barang pun ONLINE jer tak yah keluar rumah.


Berniaga juga Sunnah Rasulullah, pendapatan pun lebih dari kerja makan gaji. InsyaAllah.



Tak mudah nak berniaga dengan anak kat sebelah, kerja rumah tak pernah habis tapi kena la pandai bahagi masa. Bila masa disusun dgn baik, insyaAllah bisnes pun berjalan dgn baik.. Nampak tak kita boleh pilih nak kerja diluar rumah atau dari rumah saja? Pilihan ditangan kita NAK atau TAK NAK jerrr.. Lagi satu nak share keje suri rumah ni PALING BANYAK PAHALA boleh buat yg penting hati ikhlas laa.. Senang suami kan? hihi.. InsyaAllah mudah jugak nak ke Syurga, cantik-cantik untuk suami je kat rumah, bukan cantik-cantik nak pegi kerja..



Saya harap saya dapat ubah mind set para wanita di luar sana.. Tak salah sama ada kita nak bekerja atau jadi suri rumah. Kita berhak memilih keadaan yg kita nak.. InsyaAllah Allah permudahkannya..Apa-apa pun serah semuanya kepada Allah setelah kita usaha dgn jalan yg kita pilih.. Ini cuma pemdapat saya, tak semua orang sama.. Para suami hargailah isteri anda ye.. :)

Terima kasih semua.. semoga bermanfaat..




Terima Kasih

18 November 2014

KETAHUI CARA BERDIET YANG SALAH

5 KESALAHAN SAAT BERDIET


Dalam usaha berdiet, kita sering kali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh
merosakkan diet itu sendiri. Tidak cukup itu, kadang-kadang pula kita sempat berasakan tip
yang kita sering lakukan adalah betul. Untuk memperbetulkan keadaan, apa kata kita semak tip-tip yang
disenaraikan oleh Laman Web Fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari.


Kesalahan pertama memilih jus bukan semulajadi

Kenapa ye? Jus buah sememangnya sering dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak
buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungan semulajadinya bukan jus yang kat pasaran tu ye. Jus kat pasaran tu biasanya dah ditambah pemanis dan juga pengawet. Jika sering diminum boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan proses penurunan berat badan.


Kesalahan kedua kiraan jumlah kalori

Menurut laman web Women 24, kesalahan utama di dalam diet yang paling besar adalah kesilapan
mengira jumlah kalori di dalam makanan. Biasanya mereka yg berdiet ni sibuk kira dalam makanan utama je sedangkan kalori dalam snek atau makanan lain lagi tinggi kalorinya. Be aware !


Kesalahan ketiga banyak duduk

Haaa..terlalu banyak duduk pun tak elok untuk kesihatan kita, kalau perasan orang yang kerja di pejabat selalu buat lepas breakast, lunch terus duduk mengadap komputer, memang naik la
beratnya..hihi Banyak duduk ni boleh menimbulkan risiko penyakit jantung, diabetes dan sebagainya.
Salah satu cara sebelum duduk tu kita berjalan-jalan sikit supaya dapat membantu membakar lemak di tubuh.


Kesalahan keempat fokus berdiet jangka masa pendek

Kunci utama sukses dalam diet adalah gaya hidup yg dipertahankan seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk persiapan nikah, atau sebagainya maka sukar bagi kita mempertahankan tubuh yg ideal. Biasanya apabila impian jangka pendek tadi tercapai seseorang itu pasti akan membalas dendam dgn menikmati makanan sepuas-puasnya. Bahayanya... elok-elok dah kurus naik balik pulak.. Jaga makan tu.


Kesalahan kelima kurang tidur

Waktu tidur yg berkualiti dan mencukupi bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayaan program diet anda.
Jika kita kekurangan tidur tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yg merangsang nafsu makan. Ohhh patut la tengah malam mesti lapar.. Betul tak? Hormonni menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan sering makan. Pastkan waktu tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi golongan dewasa.


Elakkan 5 kesalahan ini semasa berdiet.. Insya Allah diet yang betul akan dapat berat badan yg ideal.

Selain itu boleh dapatkan SET KURUS SHAKLEE dengan saya.
Percuma konsultansi




Boleh hubungi saya di



Sumber Majalah Keluarga Harmoni keluaran September 2014

Terima Kasih

MACARONI KESUKAAN ANAKKU

MACARONI BERSAMA DAGING DAN CAESAR

Ohh anak ku sangat Italiano, nak makan macaroni la, cheese la, spagheti la, ni la akibatnya masa mengandung makan macam ni. Senang juga nak pergi jalan jauh tak ada la nak cari nasi je tapi mak dia juga yang nak cari nasi, dapat nasi baru rasa nikmat.. Alhamdulillah masih diberi nikmat makan.


Hasilnya, taadaaaa..

Macaroni daging bersama caesar


Bahan-bahannya ialah:

Sediakan bahan-bahan mengikut sukatan yang anda perlukan. Maaflah sebab saya ikut sukatan agak-agak je..hihi


Bawang merah dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Daging cincang
Tomato dipotong dadu
Lobak dipotong dadu
Macaroni direbus bersama lobak
Telur dadar cincang


Cara-caranya ialah:

Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak.




Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga baunya naik dan berwarna keperangan sedikit.



Selepas itu, masukkan daging cincang tumis sehingga masak.



Selepas daging masak, masukkan macaroni, lobak dan tomato dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga rata dan siap dihidang untuk si kecil ku.



Masukkan Kewpie dressing caesar bersama macaroni dan kacau sehingga rata.



Alhamdulillah siap resepi ku yang santai-santai ni dan anakku pun suka. Jemput makan.
 Macaroni ni dia makan sendiri sebab dia suka kutip so biarkan dia makan sepuas-puasnya.



Terima kasih sayang..


Terima Kasih

PARACETAMOL MUDARATKAN TUBUH?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers.

Mesti dah biasa dengan tajuk macam ni kan tapi masih lagi ramai yang makan. Betul tak?
Segelintir orang zaman sekarang ni buat tak peduli je bila dah diberitahu masuk telinga kanan keluar telinga kiri bila dah sakit baru nak cari ubat, sebelum tu tak ada pulak nak mencegahnya. Kesihatan pun dah macam cliche je. Astaghfirullahalazim.

Adakah anda antara individu yang sering mengambil paracetamol apabila berasa kurang sihat? Jika ya, anda harus BERWASPADA. Terdapat kajian mendapati paracetamol yang kerap dipanggil ubat ' demam ' mempunyai kesan sampingan yang buruk terhadap tubuh yang tidak ramai mengetahunya.


Apa itu paracetamol?



Ubat ini dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaanya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi, dan sakit belakang. Selain itu, boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebakan oleh pecahan lapisan sendi).

Ternyata ramai individu memilih untuk mengambil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat banyak jenis jenama paracetamol yang cukup popular dinegara ini.


Kesan buruk paracetamol?

Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma,gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif  dan mungkin mengakibatkan masalah jantung serta buah pinggang.

Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadapdoktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.

Diikuti beberapa kajian, Penyelidik di University Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih1,650
responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu. Satu pertiga responden diberi dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa 17 hari untuk pulih.
Dr Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

Laporan daripada  The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yg lain adalah cenderung utk menerima kesan toksik daripada pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.


Elakkan ambil terlalu kerap

Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan apabila berasa kurang sihat walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripda yan disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.

Sekiranya anda berasa sakit dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, jangan memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpalah dengan doktor serta dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam perihal kesihatan.


Dipetik daripada Majalah Keluarga Harmoni keluaran September.


Terima Kasih

16 November 2014

BEBAS MASA BEBAS KEWANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers.

Kita nak luahkan sesuatu yang pernah saya alami. Jom baca selanjutnya...

Ramai betul ibu-ibu yang mengadu tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Sebenarnya sedih sangat dengan keadaan ni tapi apa nak buat mereka terpaksa kerja demi sesuap nasi. Mereka bekerja kerana TERPAKSA bukan kerana mereka MEMILIH untuk bekerja.

TAPI !!!! Sekarang ni saya tidak lagi sedih SEBAB dengan kerja dari rumah kita dapat luangkan masa dengan keluarga. Percaya ke percaya? Percaya la.... sebab saya pun kerja dari rumah je a.k.a aku la BOS, aku la PEKERJA, aku la SURI RUMAH, aku la MAMA, aku la ISTERI. Indahnya hidup BEBAS MASA BEBAS KEWANGAN.



Cadangan saya, kita kena mula berjinak-jinak dengan bisnes walaupun masih bekerja sebab bila tiba saat SUSAH GILER DALAM HIDUP ramai yang pilih bisnes bukan keje tunggu cukup bulan gaji masuk tengah bulan ikat perut. Kalau tak percaya tanya orang JUTAWAN apa keje mereka, kebanyakkan semuanya mula dengan bisnes sebab mereka percaya 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Kita kan hidup berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Berniaga juga Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Mulakan dengan niat berniaga kerana Allah dan sunnah Nabi, dapat pahala sepanjang berniaga..InsyaAllah.

Percayalah !


Alasan yang sering diperkatakan


Ramai juga yang beri alasan tak tahu bisnes tapi tak ada pulak kisah manusia lahir ke dunia terus pandai meniarap, merangkak, berjalan, bercakap dan lain-lain. Sejak berjinak-jinak jadi bos ni tak ada pulak saya terus pandai berniaga, saya pun belajar jugak macam mana nak berniaga. Maka belajarlah cari MENTOR, bila ilmu sudah ada insyaAllah semua mudah dilakukan. 

Mahu berjaya mulakan dengan MESTI


Bangkitlah !


 Semua keje ada risiko, besar risiko besarlah jugak habuannya..
Saya pilih BEKERJA DARI RUMAH bukan BEKERJA LUAR RUMAH


Mila
019-249 8360

Terima Kasih

14 November 2014

SALURAN USUS DIPENUHI DENGAN RACUN !

SALAH SIAPA?


Jika ini dibiarkan berlarutan kita mudah diserang penyakit, tak kan kita nak biar begitu saja?


Kita tak boleh biarkan saluran usus dipenuhi racun, kita sebenarnya sedang menzalimi diri kita sendiri, Nauzubillahhiminzalik..
Jangan risau kita ada caranya cuma nak sihat atau tak je. Mudah bagi yang terima.


CARANYA IALAH


Tapi sayangnya la zaman sekarang ni, ramai orang yang belum memahami pentingnya
DETOKSIFIKASI tubuh. 


Takut tak bila kita tengok saluran kita bermasalah? Rujuk gambar dibawah.
Serius, sendiri tengok pun rasa Ya Allah apa yang kita dah buat dengan tubuh kita. Rasa nak makan Alfalfa cepat-cepat !



Ehhh.. Apa yang ku merepek nak makan ALFALFA pulak?


Alfalfa ni diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di CAlifornia yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.
Alfalfa juga dikenali dengan 'Raja Segala Tumbuhan' dan memiliki gred yang paling tingi di kalangan tumbuhan alfalfa. Kalau nak tahu tumbuhan ni mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
Wow hebat kan ciptaan Allah sampai Shaklee pun jumpa Alfalfa ni.

Nota: Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 biji alfalfa menyamai segelas susu.


Apa kaitan alfalfa dengan saluran usus kita?

Hahh..ni lah dia vitamin yang dapat bantu kita dalam proses Detoksifikasi usus kita kerana Alfalfa ni sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, mempunyai serat membantu dalam pembuangan air besar, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, usus, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Selain tu, alfalfa ni boleh menyinkirkan lemak dan kolestrol sebab hanya alfalfa saja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. Itu yang asyik nak ke tandas tu nak buang lemak dan kolestrol rupanya.. Bagus !


Apa tindak balas selepas makan Alfalfa ni?

Kebiasaanya usus dibersihkan melalui pembuangan air besar bagi lelaki mahupun wanita dan darah yang keluar dari tubuh kita tapi yang ni bagi wanita la.
Siapa yang bangun pagi lepas minum air terus nak ke tandas tu bagus la tapi lagi bagus bila ditambah dengan alfalfa, insyaAllah usus kita terjaga.


Pernah dengar asal nak makan supplemen je ada orang yang cadangkan makan alfalfa dulu sebab nak buang segala racun dalam usus kita tu, baru la kebaikan supplemen dapat diserap dalam tubuh dengan baik.

Rasa-rasa nak makan ke tak alfalfa ni? Kalau nak boleh la order dengan saya.. Ikhtiar lebih baik dari tak buat apa-apa. Jagalah nikmat Allah sebaiknya..








Terima Kasih

BAHAYA JIKA TIDAK DIPANTAU ANTI SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK

OMEGA 3 MENGURANGKAN TINGKAH LAKU ANTI-SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK

Masalah anti-sosial

Mengikut penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi & Psikiatri Kanak-Kanak
menunjukkan kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun yang mengambil 1000mg Omega 3
setiap hari mendapati bahawa berlaku pengurangan sebanyak 41.6% dalam masalah tingkah laku
luaran anak berdasarkan penilaian ibu bapa selepas 6 bulan.

Kajian ini turut mendapati bahawa dengan memberikan Omega 3 kepada kanak-kanak dapat
mengurangkan tingkah laku anti-sosial di kalangan penjaga-penjaga mereka.
Pengurangan masalah psikopati  a.k.a anti sosial ibu bapa juga menyumbang 60.9 % daripada
peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial kanak-kanak yang berkemungkinan berlaku kerana
apabila kanak-kanak lebih mudah diurus dan ibu bapa juga kurang tertekan.

Sumber: Journal of Child Psychology and Psychiatry August 2014


Bagaimana Omega 3 boleh membantu masalah anti-sosial ni?

Ini kerana kajian membuktikan bahawa EPA & DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan
emosi dan membantu dalam perkembanagan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif
dan penyakit schizophrenia. 


Kenapa kita perlu memilih Omega Guard Shaklee?


Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3 EPA dan HDA

Kerana ianya Minyak Ikan Shaklee terbaik di dunia dan boleh dipercayai !

✔️ Ianya 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
✔️ Ketulenan yang tinggi termasuk mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi antaranya DHA, EPA, ALA dan banyak lagi
✔️ Menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 paling tulen dan semulajadi.


Mulakan hari anda dengan pengambilan Omega Guard sekurang-kurangnya 500mg ke atas sehari untuk memelihara kesejahteraan hidup.

Semoga ia dapat memberikan manfaat yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Jom hubungi saya untuk tempah Omega Guard hari ini.





Terima Kasih

13 November 2014

SELAMAT ULANG TAHUN

Assalamualaikum readers .

Apa khabar readers? Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah yang cantik ni.. :)

Kisah seorang wanita yang dipanggil mama sejak umurnya 18 tahun.

Muda kan dah jadi ibu? Memang orang zaman dulu muda-muda lagi dah jadi seorang ibu,
kalau zaman sekarang ni ramai yang pentingkan akademik dulu tapi masing-masing punya pendapat la kan..Tak mo debat-debat, kita nak cerita pasal ibu kan? hehe

Ini mama dah abah saya !
Target ku nak bagi mama abah RM 5,000 sebulan ! Tolong Amin kan ye.. terima kasih :)

Ohh mama.. Hari ini 13 November 2014 ulang tahun kelahiran mama yang ke 42 tahun.. Mak muda lagi anak dah umur 23 tahun.. hehe.. saya pulak nak mengikut jejak langkah mama cuma terlewat sikit je tak sama dengan mama.. Kita doakan mama sentiasa diberkati oleh Allah, diberi kesihatan yang baik,
umur yang panjang supaya kita sempat balas jasa mama, menjadi seorang isteri dan mama
yang solehah, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mama, diberi taufiq dan hidayah, sempat menunaikan umrah dan Haji bersama suami tersayang, dibawa
ke Jannah bersama suami tersayang, sempat bercuti seluruh negara dan semoga Allah memenuhi impian mama. Amin..

Terima kasih mama !

Bertarung nyawa melahirkan kami, memberi kami susu badan, menjaga kami anak beradik hingga ke hari ini, menyediakan makanan yang sedap, menyediakan pakaian untuk kami dengan tangan sendiri, mendidik kami dengan baik, menahan emosi dengan karenah kami, mengajar kami tentang kehidupan, dan segalanya mama.. Ikhlaskanlah dan halalkanlah segala pengorbanan mama kepada kami dan ampunkan dosa kami. Amin..

InsyaAllah akan ku balas jasamu dengan memenuhi segala permintaanmu, mama.

Alhamdulillah, mama dan abah ku masih ada dan masih sempat untuk aku balas jasa mereka. 

Terima Kasih

11 November 2014

AWAS BAYI ANDA MUNGKIN KEKURANGAN OMEGA 3


Kenapa saya kata bayi dalam kandungan atau bayi yang sudah dilahirkan kemungkinan KEKURANGAN Omega 3?

Kerana sebelum kita dilahirkan, kita telah menerima Omega 3 melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

MAKNANYA



IBU HAMIL dan IBU MENYUSU sangat memerlukan Omega 3 untuk bayi mereka supaya bayi mereka menerima Omega 3 yang mencukupi.

Selain para ibu dan anak-anak, kita juga memerlukan omega 3 ini dalam diet harian kita. Jika kita tidak mampu nak makan ikan yang banyak cukup dengan mengamalkan supplemen setiap hari insyaAllah Omega 3 sentiasa cukup dalam badan kita.




PERSOALANNYA 

Apakah itu Omega-3?

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg
diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.
Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir
di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah
membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3,
asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana
ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada
di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.
Ini menunjukkan Omega 3 penting juga untuk buang lemak jahat, PEMBAKAR LEMAK TERBAIK !


Apakah kepentingan minyak ikan Omega?


Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.



Apakah kandungan minyak ikan Omega-3?

2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ERA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, ia amat-amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.



Apakah yang membuatkan asid lemak Omega-3 begitu berharga?


Asid lemak Omega-3 mempunyai kanduangan kimia yg istimewa:


1. Ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu.
2. Asid lemak Omega-3 adalah sedikit beralkali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.


Ini adalah sebab-sebab utama mengapa kami mengesyorkan anda semua menggunakan asid lemak

Omega-3, sekiranya kita mngambil asid lemak yang betul, membran badan akan menjadi lebih kuat dan fleksibel (senang dilentur) yang membantu memberikan kehidupan yang lebih ceria dan baik.


Apakah kesan daripada keluarga Omega?

Kita seharusnya meningkatkan kesihatan tubuh badan dengan pengambilan 'lemak yang baik' yang akan membantu mengahsilkan eicosanoids yang baik. Lemak yang baik mempunyai 3 jenis: Omega-3, Omega-6 dan Omega-9. Omega-3 dan 6 mempunyai kepakaran untuk menghasilkan banyak eicosanoids. Manakala Omega-9 adalah lebihan lemak dan kadangkala dilabelkan sebagai kurang penting tetapi agak membantu.


Adakah kita mengambil omega-3 yang cukup?

Kemungkinan tidak. Penemuan penting telah menunjukkan bahawa tubuh kita berfungsi dengan baik sekiranya diet yang diambil mempunyai nisbah asid lemak penting (EFA) yang seimbang.
Walau bagaimanapun diet kita selalunya mempunyai lebihan asid lemak Omega-6 iaitu diantara 14-20 kali berbanding Omega-3. Asid lemak Omega-3 telah terbukti penting dalam
mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kensing manis, asma, artiritis, lupus, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental) gila meroyan, penyakit Alzheimer dan pelakuan hiper aktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak.


Apakah saranan pengambilan harian Omega-3?

Saranan pengambilan harian asid lemak Omega-3 ialah 1.5 g, bersamaan pengambilan harian 100 g ikan atau 500 g kod ikan secara purata. Pusat Keselamatan Makanan dan Pemakanan Applikasi bagi US Food & Drug Administration (PDA) telah memberikan GRAS sebanyak 3.6g minyak ikan setiap hari [GRAS-Generally Regard As Safe]. Kami menyarankan pengamalan 1.2g-1.8g minyak ikan untuk meningkatkan penyerapannya di dalam tubuh anda.


Mengapa perlu saya mengambil kapsul Omega-3 sebagai makanan tambahan?

Kajian terkini mencadangkan agar kita mengambil sejumlah minimum 1500mg setiap hari. Dos ini adalah lebih kurang sama dengan jumlah 32 auns minyak ikan salmon. Walaupun anda jenis yang gemarkan ikan jumlah berkenaan adalah agak banyak untuk dimakan. Untuk memastikan badan anda menerima kebaikan asid lemak Omega-3 setiap hari, anda digalakkan mengambil 3 kapsul Omega Guard Shaklee yang berkuantiti 1000mg.


PILIH SAYA SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN ANDA KERANA
IANYA TERBAIK UNTUK ANDA !



Untuk tempahan boleh hubungi saya,




Terima Kasih

KENAPA PERLU KAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Persoalan kita hari ini, kenapa kita perlu kaya?

Adakah ianya penting? Adakah duit kita cukup untuk perbelanjaan harian, penrbelanjaan untuk anak-anak, rumah, kereta, ibu bapa, adik-adik kita, dan SEDEKAH?

Tahukah anda SEDEKAH adalah salah satu cara menjemput rezeki? Kalau sedekah pun tidak mampu beri lebih adakah kita masih berfikir tidak perlu menjadi kaya? ANDA SILAP !

Mesti korang tengah fikirkan penting ke jadi kaya? Jom kita tengok situasi ni.

Sebenarnya duit yang korang ada sekarang mesti tidak pernah cukup walaupun kita kata cukup sebab kita yang terpaksa mencukupkannya dengan menangguh perbelanjaan lain seperti keinginan membeli baju baru, handphone baru, peralatan rumah baru, bercuti, dan sebagainya. Ya semua ini tidaklah begitu penting tapi sifat manusia sekarang memang begitu ingin kelebihan contohnya ada orang yang tak berduit tapi sanggup beli handphone baru.

Zaman sekarang ni pulak RUMAH yang sangat mahal tentu kita tidak mampu nak beli dengan gaji RM 900-RM 3,000, silap-silap yang gaji RM 5,000 ke atas pun ada kemungkinan tidak mampu nak beli rumah.
Dalam hati nak juga bagi kat keluarga duit lebih, bantu anak yatim dan orang susah tapi tak mampu nak bagi lebih. Tak kan kita nak duduk diam je tanpa buat apa-apa? Tengok je orang lain kaya dapat beli itu ini, dapat bantu bina masjid dengan sedekah kita dan macam-macam lagi. Kalau tengok je kita tak dapat apa-apa la cuma dapat bermimpi jer tapi bagus bermimpi kalau dengan TINDAKAN.

Hah, baca ni !

Apa yang saya boleh bantu untuk meningkatkan taraf kehidupan kita?
Berdasarkan situasi di atas, penting untuk kita faham dan mencari alternatif untuk sentiasa mencipta saluran wang tambahan. Tujuannya supaya kita tidak menghadapi masalah miskin wang akan datang memandangkan nilai mata wang semakin menurun.

Terdapat 2 alternatif terbaik yang dipersetujui golongan pakar kewangan iaitu:
1. Perniagaan
2. Pelaburan

Pelaburan? Of cos kita tiada duit yang banyak untuk beli sesuatu yang nilainya besar seperti tanah TAPI kita boleh mulakan dengan perniagaan. Betul tak?
Bila kita berniaga, duit pun dah banyak baru boleh buat pelaburan untuk dapatkan pasif income. Saya harap ramai orang di luar sana yang sudah bukak mata pentingnya berniaga sekarang, setakat kerja makan gaji dengan masa yang terikat kita tidak mampu menjadi kaya melainkan korang memang jenis menabung.

Anda ingin menjadi kaya? Anda mampu menjadi kaya ! Kaya bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk orang lain juga. Jom kita lakukan perubahan !


Ingin menjadi sebahagian dalam perniagaan saya?

Jom hubungi saya

Mila
019-249 8360

Terima Kasih

PENGEDAR SHAKLEE DI KAJANG

PENGEDAR SHAKLEE kini di Kajang !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda sedang mencari SAYA a.k.a pengedar Shaklee terdekat dengan anda? Kini anda tak perlu risau lagi sebelah rumah pun boleh dapatkan produk Shaklee. COD area Kajang, Bangi dan Semenyih.

Jom hubungi saya





Terima Kasih

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati