18 November 2014

MACARONI KESUKAAN ANAKKU

MACARONI BERSAMA DAGING DAN CAESAR

Ohh anak ku sangat Italiano, nak makan macaroni la, cheese la, spagheti la, ni la akibatnya masa mengandung makan macam ni. Senang juga nak pergi jalan jauh tak ada la nak cari nasi je tapi mak dia juga yang nak cari nasi, dapat nasi baru rasa nikmat.. Alhamdulillah masih diberi nikmat makan.


Hasilnya, taadaaaa..

Macaroni daging bersama caesar


Bahan-bahannya ialah:

Sediakan bahan-bahan mengikut sukatan yang anda perlukan. Maaflah sebab saya ikut sukatan agak-agak je..hihi


Bawang merah dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Daging cincang
Tomato dipotong dadu
Lobak dipotong dadu
Macaroni direbus bersama lobak
Telur dadar cincang


Cara-caranya ialah:

Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak.




Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga baunya naik dan berwarna keperangan sedikit.



Selepas itu, masukkan daging cincang tumis sehingga masak.



Selepas daging masak, masukkan macaroni, lobak dan tomato dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga rata dan siap dihidang untuk si kecil ku.



Masukkan Kewpie dressing caesar bersama macaroni dan kacau sehingga rata.



Alhamdulillah siap resepi ku yang santai-santai ni dan anakku pun suka. Jemput makan.
 Macaroni ni dia makan sendiri sebab dia suka kutip so biarkan dia makan sepuas-puasnya.



Terima kasih sayang..


Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

© Cahaya Kamilah | Template Designed By Blog Bingkisan Hati